DARI TAMAN TAMADUN ISLAM (TTI) KE DESA MURNI BATIK SDN.BHD.

river

Desa Murni Batik Sdn. Bhd. telah menjalankan usaha sama bersama Taman Tamadun Islam (TTI) dibawah Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu (PMINT). Satu pakej lawatan bermula cuti sekolah 30 Mei 2015 dari Taman Tamadun Islam (TTI) ke kilang Desa Murni Batik Sdn. Bhd. di kampung Pulau Rusa menaiki River Cruise melalui laluan air sungai Terengganu. Pakej lawatan ini terbuka kepada semua pengunjung yang mengunjungi TTI untuk datang ke kilang Desa Murni Batik bagi melihat sendiri proses pembuatan batik digital termoden di Malaysia mengunakan teknologi dari Italy. Para pengunjung akan dibawa untuk melawat setiap bahagian pemprosesan bermula dari proses reka corak bersama pereka mahir sehingga ke proses cetakan pada fabrik. Di akhir sesi lawatan para pengunjung boleh membeli belah produk-produk keluaran Desa Murni Batik Sdn. Bhd. dengan harga yang berpatutan. Diharap dengan adanya pakej lawatan ini dapat mengeratkan hubungan diantara pengunjung dengan Desa Murni Batik Sdn. Bhd.

LAST_UPDATED2