PENGARAH URUSAN DESA MURNI BATIK SDN BHD PEMENANG TOKOH USAHAWAN TERENGGANU 2013

Yayasan Pembangunan Usahawan Terengganu (YPU) telah menganjurkan majlis anugerah pada 11 Disember 2013. Majlis tersebut yang dirasmikan oleh YB Roslee Daud selaku Pengerusi Jawatankuasa Usahawan Pembangunan Luar Bandar, Kepenggunaan dan Koperasi negeri, Pengarah Urusan Desa Murni Batik Sdn Bhd, Hj Suhaimi bin Hj Embong telah dianugerahkan Tokoh Usahawan Terengganu 2013. Penganugerahan ini adalah pengiktirafan tertinggi dari pihak YPU khususnya dan kerajaan negeri Terengganu amnya kepada Pengarah Urusan Desa Murni Batik Sdn Bhd, Hj Suhaimi bin Hj Embong. Ini membuktikan bahawa Desa Murni Batik Sdn Bhd yang diterajui oleh Hj Suhaimi bin Hj Embong adalah sebuah syarikat bumiputra yang mempunyai hala tuju dan potensi yang cukup luas untuk terus berkembang pada masa hadapan.

Berikut adalah gambar sewaktu majlis penganugerahan.

aut2013-1_1

YB Roslee Daud selaku Pengerusi Jawatankuasa Usahawan Pembangunan Luar Bandar, Kepenggunaan dan Koperasi negeri,menyampaikan piala kepada Pengarah Urusan Desa Murni Batik Sdn Bhd ,Hj Suhaimi bin Hj Embong.


AUT_4

Pengarah Urusan Desa Murni Batik Sdn Bhd ,Hj Suhaimi bin Hj Embong bergambar bersama trofi, dan replika sijilĀ selepas di nobatkan selaku Tokoh Usahawan Terengganu 2013.


AUT_3

Pengarah Urusan Desa Murni Batik Sdn Bhd ,Hj Suhaimi bin Hj Embong bergambar bersama YB Roslee Daud serta para pemenang yang lain.



LAST_UPDATED2