BIFF & BILL 2012 (Bangkok International Fashion Fair & Bangkok International Leather Fair)

   Pada 26-29 Jun 2012, Pengarah Urusan Encik Haji Suhaimi Bin Haji Embong bersama beberapa pereka Desa Murni Batik Sdn. Bhd.(861481-D) telah menyertai myBatik tour yang dianjurkan oleh majalah myBatik ke BIFF & BIL 2012.

Bertempat di Challenger 1,2, IMPACT Muang Thong Thani, Bangkok, Thailand, pameran fesyen dan barangan kulit yang merangkumi perusahaan batik, tekstil, fesyen dan pelbagai hasil kraf serta kulit merupakan pameran yang terbesar di Thailand yg disertai oleh pengeluar dan pelopor dalam pelbagai industri kraf dari seluruh Dunia.

myBatik_Tour_BKK129___1

Rombongan daripada Malaysia tiba di lapangan terbang Suvarnabhumi Bangkok, Thailand (Belakang 4 dari kiri: Pengarah Urusan Desa Murni Batik Sdn Bhd En. Suhaimi bergambar bersama rombongan)

myBatik_Tour_BKK1282___1

Wakil Desa Murni Batik yang menyertai rombongan ke BIFF & BIL 2012 (Dari kiri:Pengarah Urusan Desa Murni Batik Sdn.Bhd En. Suhaimi bergambar bersama pereka)

myBatik_Tour_BKK670

Turut serta menyertai rombongan ke BIFF & BIL 2012, En. Nordin dari Nordin Batik (kiri) bergambar bersama Pengarah Urusan Desa Murni Batik Sdn Bhd En. Suhaimi (kanan) di salah satu ruang pameran.

myBatik_Tour_BKK811

Pengarah Urusan Desa Murni Batik Sdn Bhd, En. Suhaimi  sedang membuat pemilihan reka corak tekstil di salah satu ruang pameran BIFF & BIL 2012.

myBatik_Tour_BKK765

Salah satu ruang pameran pengusaha tekstil yang turut serta dalam BIFF & BIL 2012.

myBatik_Tour_BKK1314

Ruang pameran yang memaparkan pelbagai jenis reka corak tenunan di BIFF & BIL 2012.

myBatik_Tour_BKK1560

Para peserta rombongan sedang mendengar penjelasan daripada pengusaha tekstil di salah satu kilang tektil di Thailand. (4 dari kanan) Pengarah Urusan Desa Murni Batik Sdn Bhd, En. Suhaimi sedang meneliti salah satu reka corak batik.





LAST_UPDATED2