Font Size

Screen

Profile

Layout

Direction

Menu Style

Cpanel

DESA MURNI BATIK SDN BHD (861481-D)

Produk Asli Terengganu Untuk Kesempurnaan Wanita - Pesona Wanita Ilham Kami - Semenjak 1974

Batik Sutera Digital Dilancar

  • PDF

KUALA TERENGGANU 1 Mac – Desa Murni Batik Sdn. Bhd.(861481-D), salah sebuah syarikat pengeluar batik bumiputera melancarkan lima produk baru batik sutera digital dalam usaha memenuhi cita rasa pelanggan yang kian meningkat termasuk dari luar negara.

Pengarah Urusannya, Suhaimi Embong berkata, lima produk baru yang diperkenalkan adalah D’ Lukis, merupakan gabungan teknologi mesin dan tangan yang termahal dihasilkan dengan menggunakan kain tenun.Katanya, produk baru lain adalah ‘Durante Italian Design’ ‘Iman Ekslusif,’ ‘Durra Batik Eksklusif’ dan ‘Alvise Italian Design’ yang mempunyai reka corak tersendiri yang bermotifkan tumbuh-tumbuhan. ‘‘Kesemua produk baru yang di perkenalkan itu dijual dengan harga antara RM250 hingga RM2,000 sepasang bergantung kepada jenis sutera yang digunakan.

‘‘Melalui pelancaran produk baru ini Desa Murni Batik yang sebelum ini hanya mengeluarkan dua produk batik sutera digital iaitu Sutera 1Malaysia dan Sutera Ekslusif Terengganu mampu memenuhi permintaan pelanggan di luar negara,’’ katanya ketika ditemui pada majlis Pelancaran Lima Produk Baru di Pulau Rusa dekat sini hari ini. Sempena majlis pelancaran itu, sebanyak 800 pasang batik daripada lima produk baru yang diperkenalkan habis dijual dalam masa sejam yang dianggarkan bernilai kira-kira RM150,000.

Malah beliau sendiri amat teruja dan terkejut dengan permintaan pelanggan termasuk dari Brunei, Kuala Lumpur dan Kota Bharu. Menurut Suhaimi, pada masa ini beliau tidak menghadapi masalah untuk memasarkan produk batik sutera digitalnya kerana mempunyai pelanggan tetap termasuk dari Brunei, Singapura dan dalam negara sendiri. Selain itu, batik sutera digital keluarannya menerima tempahan dari gedung-gedung batik besar dari seluruh negara yang mengakui produk tersebut amat berkualiti di samping corak yang eksklusif.

‘‘Pada masa ini, kilang kami hanya mampu mengeluarkan kira-kira 200 pasang sehari,” katanya yang kini mempunyai 14 mesin pencetak dengan 30 pereka terlatih serta 80 pekerja. Suhaimi memberitahu, Desa Murni Batik merupakan salah sebuah pengusaha batik bumiputera di negara ini yang memperkenalkan batik sutera digital pada tahun 2007 yang sebelum ini banyak dimonopoli oleh pengusaha Itali dan Jepun. Katanya, melihat permintaan yang amat baik mengenai produk tersebut memberi idea untuknya menghasilkan batik sutera digital yang sebelum ini banyak menghasilkan batik menggunakan teknik secara tradisonal.

Perusahaan batik yang diwarisi daripada keluarga itu diambil alih oleh Suhaimi pada 1974 dan kini mempunyai empat cawangan yang terletak dua di Kampung Batu Enam, Kampung Pengadang Baru dan Kampung Sungai Bajar, Kuala Berang. Selain batik sutera digital, Desa Murni juga terkenal dengan produk seperti tudung dan pelbagai jenis kain. ‘‘Kejayaan saya ini adalah hasil kerjasama dan bantuan daripada isteri, Fatimah Fathiyah Ismail, 34,’’ kata Suhaimi yang mempunyai lima anak berusia antara lima hingga 13 tahun.

You are here Home