Font Size

Screen

Profile

Layout

Direction

Menu Style

Cpanel

DESA MURNI BATIK SDN BHD (861481-D)

Produk Asli Terengganu Untuk Kesempurnaan Wanita - Pesona Wanita Ilham Kami - Semenjak 1974

LAWATAN YAYASAN PEMBANGUNAN USAHAWAN TERENGGANU (YPU)

  • PDF

Pada 17 mac 2014, Desa Murni Sdn. Bhd. telah menerima lawatan daripada
Yayasan Pembangunan Usahawan Terengganu (YPU) yang diketuai oleh YB Roslee Daud selaku Pengerusi Jawatankuasa Usahawan Pembangunan Luar Bandar, Kepenggunaan dan Koperasi negeri. Bersama beliau Pengarah Majlis Amanah Rakyat (Mara) negeri, Abdullah Mohamad dan Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Pembangunan Usahawan (YPU) Terengganu, Che Razali Adis. Rombongan ini disambut oleh Pengarah Urusan Desa Murni Batik ,Hj Suhaimi bin Hj Embong. Beliau hadir untuk melihat sendiri kilang Desa Murni Batik di Pulau Rusa beroperasi. Kehadiran beliau bersama rombongan amat dialu-alukan bagi merapatkan hubungan diantara Desa Murni Batik Sdn. Bhd dengan kerajaan negeri Terengganu. Lawatan ini bertepatan dengan penganugerahan yang diterima oleh Pengarah Urusan Desa Murni Batik Sdn Bhd Hj Suhaimi bin Hj Embong sebagai Tokoh Usahawan Terengganu 2013, yang disampaikan sendiri oleh YB Roslee Daud.
Berikut adalah gambar-gambar sepanjang lawatan.

2

YB Roslee melihat sendiri cara kerja pereka Desa Murni Batik melukis batik menggunakan aplikasi komputer.

3

Hj suhaimi menunjukkan proses percetakan batik menggunakan mesin berteknologi Itali.

4

Hj Suhaimi memberikan penerangan mengenai proses pembuatan batik digital mengunakan teknologi dari Itali.

5

Hj Suhaimi bersama YB Roslee melihat proses perletakan berlian dan mutiara pada kain sutera menggunakan mesin berteknologi Austria.

6

Pengurus Kanan, En. Sikh Abdullah Bin Sikh Ahmad memberikan penerangan mengenai proses pembuatan batik digital yang dihasilkan oleh Desa Murni Batik kepada ahli rombongan.





LAST_UPDATED2

You are here Home